Thursday, November 28, 2013

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara !

Comment: Very GOOD... This will be for the benefits of those in jail... Not only do they have the opportunity to repent, but also to do good, to learn the religion that they ignored before, and to correct the previous wrong, and to put what is right again!

------------------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_27/Sultan-Johor-rasmi-sekolah-agama-pertama-dalam-penjara  (28 NOV 2013)

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara

KLUANG 28 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini hari ini.
Sekolah Agama Husnul Khatimah merupakan sekolah agama pertama di dalam penjara dan akan menjadi perintis untuk dibina di kompleks penjara lain pada masa depan.

Hadir sama mengiringi baginda ialah puteranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_27/Sultan-Johor-rasmi-sekolah-agama-pertama-dalam-penjara#ixzz2lvCjpB63
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, September 10, 2013

UNIVERSITI AL-AZHAR di MALAYSIA

http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130828/re_06/Universiti-al-Azhar-di-Malaysia-suatu-berita-gembira  (28 Aug 2013)

Universiti al-Azhar di Malaysia, suatu berita gembira

BENARKAH pendapat mengatakan “Berbangkitnya Islam adalah di Malaysia".
Daripada Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani). Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim). 

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut.
Saya tidak mahu ulas panjang mengenainya, tetapi berdasarkan beberapa bacaan, “negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut" itu ialah Semenanjung Malaysia yang kita duduki ini.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah keputusan Sheikhul al-Ahzar, Syeikh Dr. Ahmed al-Tayyib membenarkan Universiti al-Azhar mendirikan kampus cawangan pertamanya di luar kota raya Kaherah dan di luar Mesir. Mengikut Perlembagaan universiti itu, ia hanya dibenarkan didirikan di sekitar Kaherah atau di Mesir sahaja. Jika ada pun di luar negara ialah program berkembar dan bukan kampus cawangan.

Namun, kini kampus cawangan pertamanya di dunia akan terletak di sebuah negara di Timur, iaitu Malaysia.

Oleh itu tidak sia-sia Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh diutuskan oleh Kabinet ke Mesir untuk mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara yang bergolak itu.

Pelajar pun boleh dikeluarkan dan perjanjian pun termeterai untuk mendirikan kampus di negara ini.
Turut hadir bersama-sama rombongan Idris ialah Datuk Yahya A. Jalil, seorang usahawan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Gerbang al-Azhar Sdn. Bhd., syarikat yang memperoleh lesen daripada universiti itu untuk mengendalikan institusi itu.

Syukur alhamdulillah, Malaysia mencatat sejarah gembira kerana universiti tertua di dunia itu akan mewujudkan kampus cawangan yang pertama (kampus tetap) di negara ini.

Ia akan dikenali sebagai Universiti al-Azhar (Kampus Tuanku Muhriz), Malaysia terletak di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sementara menunggu pembinaannya siap, para pelajar akan ditempatkan di kampus sementara di Pajam, Mantin, Negeri Sembilan.

Yahya ke Mesir bersama-sama rombongan itu kerana mewakili DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selaku Penaung Diraja Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia.
Yahya, selaku ahli Lembaga Pengarah, membawa perutusan dan berbincang mengenai penubuhan dan pelaksanaan Universiti al-Azhar di Malaysia.

Dengan persetujuan Sheikhul al-Azhar itu, satu jawatankuasa bersama telah diwujudkan semasa perbincangan tersebut. Ini adalah satu kejayaan yang amat besar dan berita gembira bagi kedua-dua pihak iaitu universiti dan negara Malaysia.

Kewujudan Universiti al-Azhar di Kuala Pilah itu akan menawarkan pendidikan kepada sebilangan besar pelajar dalam negara bahkan pelajar dari seluruh dunia Islam khususnya dari dunia sebelah Timur.

Saya sempat bertanyakan dengan Yahya, yang juga seorang sahabat lama, apa yang membuka hati Sheikhul al-Azhar bersetuju dengan cadangan itu? Yahya berkata, tiga perkara yang membuka hatinya menerima cadangan itu. Pertama, wujudnya persefahaman ukhwah yang lama antara universiti dan negara ini; kedua, keupayaan Gerbang al-Azhar Sdn. Bhd. untuk melaksanakannya dan ketiga, pendekatan kerajaan Malaysia yang mengamalkan dasar Wasatiyyah atau Kesederhanaan yang juga diterapkan oleh universiti itu.

Kita juga, katanya mengamalkan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang turut sealiran dengan universiti itu.

“Malaysia ialah negara yang tepat, ekonomi adalah baik, aman dan sejahtera," kata Yahya memetik kata-kata Sheikhul al-Azhar itu. Cadangan itu merupakan initiatif syarikat itu sejak tiga tahun lalu apabila Presiden Universiti al-Azhar memeterai MoU sambil disaksikan Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan kira-kira dua tahun lalu.

Ia juga adalah idea bersama Tuanku Muhriz yang melakukan lawatan ke universiti itu dan bertemu dengan para sarjana dan juga Sheikhul al-Azhar. “Sejak itu kerja-kerja asas diatur sehinggalah kepada persetujuan sepenuhnya hari ini. “Ini adalah hadiah paling gembira buat rakyat Malaysia, kerajaan dan seluruh bakal pelajar dari rantau ini," katanya.

Yahya berkata, buat permulaan sebanyak 300 pelajar akan diambil untuk jurusan Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab dan jumlahnya menjadi sekitar 1,000 orang dalam tempoh tiga tahun ini.
Kampus tetap di Ulu Bendul, Kuala Pilah ialah seluas 200 ekar.

Mengikut sejarahnya, Universiti al-Azhar (atau juga al-Azhar al-Shareef bermaksud Azhar yang Mulia), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.

Mula dibina pada 969 SM, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (memerintah 909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.
Dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan Rasulullah SAW. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.

Pengajian bermula di al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 SM. (Jami‘ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.

Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi‘ite.

Pada 1961, al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir kedua, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti ditambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.
Syabas Malaysia!

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130828/re_06/Universiti-al-Azhar-di-Malaysia-suatu-berita-gembira#ixzz2eSTtqFTN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, March 4, 2013

KUIN BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN !

Kuin bakal dikenakan tindakan
Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 3 Mac - Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal dikenakan tindakan tegas jika Kementerian Pengajian Tinggi mendapati kemelut yang melanda kolej itu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran penuntutnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya sudah mendapat laporan berhubung isu Kuin dan kolej itu kini berada dalam pemantauan pihaknya.

Menurut beliau, pihaknya akan memanggil pengurusan Kuin dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kemelut yang berlaku di kolej itu.

"Kita akan timbang jawapan yang dikemukakan pihak pengurusan Kuin dan jika mendapati apa yang berlaku boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di situ, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap Kuin," katanya kepada pemberita di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini semalam.

Monday, January 7, 2013

Free e-Articles and e-Books !

FREE ARTICLES AND BOOKS - FOR YOUR INTELLECTUAL DEVELOPMENT !

FREE e-Books ISLAM
http://www.islamic-message.net/cims/default.aspx

FREE e-Books ISLAM
http://www.islamtomorrow.com/books/

Prof Einstein – FREE Articles & Books !

Prof Hashim Kamali – FREE Articles !

Harun Yahya [Adnan Oktar] – FREE eBooks !

Dr Louay Safi [NEW] – FREE Articles and Books !

Dr Louay Safi [OLD]

Sunday, January 6, 2013

Tiada Pengambilan Guru Sandaran !

Tiada pengambilan guru sandaran
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my

KEMENTERIAN Pelajaran memaklumkan tidak ada pengambilan baharu bagi jawatan guru sandaran sepanjang tahun ini manakala pelantikan guru tetap pula hanya dibuat berdasarkan keperluan pengisian serta kekosongan jawatan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu meneliti secara terperinci di peringkat proses temu duga calon guru sebelum diserapkan ke dalam profesion perguruan.

Menurutnya, selain mempunyai pencapaian akademik cemerlang, calon guru yang ditemu duga pada masa depan wajib memenuhi kriteria bersikap patriotik dan berperwatakan sesuai.

“Misalnya, kita hanya memilih 30 graduan terbaik daripada 10,000 permohonan guru, itu pun setakat kita tawarkan temu duga dan bukannya tawaran kemasukan jawatan guru,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya dekat Putrajaya baru-baru ini.

Tegas Ghazali, langkah berhati-hati yang diambil itu bertujuan membetulkan persepsi masyarakat yang beranggapan profesion perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir setelah pelajar tamat pengajian.
“Sepanjang proses temu duga ini berlangsung, kita akan mengambil langkah penambahbaikan pengambilan guru bagi memastikan keperluannya menepati matlamat guru cemerlang seperti dihasratkan oleh kerajaan.
“Kita mahu menjadi seperti negara-negara maju lain yang mana pelajar mereka menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya utama mereka selain bidang kejuruteraan dan perubatan," ujarnya.
Beliau menambah, pengalaman pengambilan guru sebelum ini menjadi contoh terbaik kepada kementerian untuk melakukan proses penambahbaikan.

Hal ini demikian kerana, ujarnya, sebelum ini, sebahagian calon guru yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang namun gagal memberikan jawapan terbaik apabila disoal mengenai keperluan profesional perguruan.

Sehubungan itu menurut Mohd. Ghazali, pihaknya perlu berhati-hati dan melakukan proses temu duga yang teliti semata-mata memastikan calon guru memenuhi piawaian dan keperluan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Pada masa yang sama, katanya, kementerian akan memastikan pengambilan guru pada masa depan adalah mereka yang memiliki imej guru cemerlang dan mempunyai semangat patriotik tinggi, seterusnya menjadi ikon kepada pelajar.

Sementara itu, menurut kenyataan akhbar Unit Maklumat kementerian, tiada pengambilan pelantikan terbaharu Guru Sandaran Terlatih (GST) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Jelas kenyataan tersebut, prosedur pelantikan guru melalui kaedah pelantikan secara tetap selepas calon lulus urusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

.