Wednesday, December 29, 2010

Mara belanja lebih RM670 juta : Pendidikan 2011

(29th December 2010)

Mara belanja lebih RM670 juta laksanakan projek pendidikan 2011

PUTRAJAYA 28 Dis. - Mara memperuntukkan lebih RM670 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pendidikan sepanjang tahun depan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan sebanyak itu bukan hanya untuk membiayai projek-projek baru tetapi juga bagi menaiktaraf institusi pendidikan yang sedia di bawah Mara.

"Institusi pendidikan itu membabitkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), GiatMara dan lain-lain yang berkaitan.

"Bagi pendidikan menengah di MRSM untuk tempoh dua tahun mulai tahun depan, Mara menerima RM457 juta bagi membiayai kos pembinaan serta penyediaan peralatan di beberapa buah MRSM," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk tempoh 2011 hingga 2012, Mara memperoleh peruntukan RM2.069 billion bagi membiayai 126 projek atau program. Daripada jumlah ini, RM1.747 bilion adalah untuk sektor pendidikan.

Mohd. Shafie berkata, bagi tahun yang sama, Mara juga memperuntukkan kira-kira RM400 juta bagi membiayai pelajar-pelajar tempatan yang berjaya melanjutkan pengajian mereka di universiti dalam dan juga luar negara.

"Peruntukan tersebut untuk membiayai 25,500 pelajar membabitkan program pengajian luar negara manakala 24,500 yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti tempatan," katanya.

Selain itu, Mohd. Shafie berkata, Mara turut mewujudkan program khusus bagi membantu pelajar atau belia di bandar yang tercicir dari arus pendidikan atas pelbagai sebab. Menurutnya, program yang dikenali sebagai Program Perantisan Khas itu dikendalikan oleh GiatMara sejak 2009. "Mereka yang terpilih akan ditempatkan di entiti perniagaan atau perusahaan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam tempoh enam bulan dalam bidang kemahiran yang ditetapkan," katanya.



.

Saturday, December 25, 2010

UiTM on World Map: Coming Soon


Ticket to ivy league universities
2010/11/19
By Iylia Haris and Hanif Miswan

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) will offer 25 of its top graduates full scholarships to pursue post-graduate studies at the world’s best universities each year. Disclosing this in an interview with NST-UiTM Varsity Voice, Vice Chancellor Datuk Professor Dr Sahol Hamid Abu Bakar said the project will take off next year with the first batch of students heading off in September 2011.

“Every year, we will offer 25 of our best graduates the opportunity of a lifetime to further their education at ivy league universities in the USA, the UK, Australia and other countries,” he said. Among the universities were Harvard, Princeton, Yale and the Massachusetts Institute of Technology (MIT), Oxford, Cambridge and the Imperial College of London, and the universities of Sydney and Melbourne in Australia.

However, enrolment would depend on whether the candidates from UiTM are able to meet the stringent pre-requisites at these universities. “Naturally, we hope to have as many of our graduates as possible in the world’s top universities, but we understand that places at schools of such calibre are limited and highly competitive,” said Sahol.

For this reason, potential candidates nominated by their respective faculties will be interviewed by a selection committee and also undergo training in various soft skills to ensure that they are ready to face any challenge.

The Vice Chancellor said UiTM would extend the offer to graduates from every faculty although priority would be given to students of science and technology. Successful candidates would be bonded for service as lecturers once they had completed their programmes.

This project is part of UiTM’s Program Meletak Melayu Dalam Peta Dunia (Putting Malays on the World Map Programme). It is also a reflection of Sahol’s vision to transform UiTM into a top university on par with the likes of Harvard within 20 years.

He stressed: “We want to be on the world map by acquiring the best academic credentials from the world’s best universities.”

“I hope in ten years’ time, we can become a world-class research university. People all over the world always mention Harvard as the pinnacle for education and it is not impossible for us to attain the same prestige inside of two decades,” he said.

However, while Harvard gives priority to the privileged to produce the best, UiTM will continue its policy of taking in the “...underprivileged but also produce the best”.

Added Sahol, “What sets us apart is that we welcome students from all walks of life and not just the rich, powerful and privileged.”


Comment:

A lot of 'strong words' in this article, but I hope he keeps his promise per se, and not just empty talk, like most politicians.

One thing I must point out is that, the majority of the varsity students in Malaysia are 'exam-oriented'. They don't usually publish articles in journals or write books, and they do not have strong analytical thinking problem-solving skills. Furthermore, they are 'shy' and lacks strong communication skills... I guess thats what Sahol are referring when he says 'soft skills.'


(Note: The above article is also available / published in the first issue of Varsity Voice, a monthly publication jointly produced by the New Straits Times and Universiti Teknologi MARA (UiTM) under the newspaper's Journalism on Campus project.


.

Saturday, December 11, 2010

Kolej Komuniti dan Peluang Pekerjaan


64 Kolej Komuniti Tawarkan "Peluang Kedua" Kepada Golongan Tercicir - Khaled Nordin

PUTRAJAYA: Rebutlah "peluang kedua" yang sedang ditawarkan oleh 64 Kolej Komuniti di seluruh negara yang menyediakan lebih 50 kursus kemahiran di bawah sembilan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) ketika ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata peluang kedua ini diberikan kepada golongan yang tercicir atau tertangguh dalam pendidikan pada kali pertama dan ini memberikan kesempatan dan peluang menyambung pengajian yang tergendala tersebut. Pada syarahan bertajuk "Peluang Kedua" di Konvensyen Belia Felda di sini, Sabtu, Khaled berkata dengan yuran serendah RM10 sebulan, mereka boleh mengikuti kursus jangka pendek yang disediakan dalam tempoh antara tiga bulan dan enam bulan sahaja.

Katanya syarat kemasukan yang lebih terbuka dan fleksible iaitu terbuka kepada semua kaum, berumur 17 tahun ke atas serta sekurang-kurangnya boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

Selepas tamat kursus di setiap tahap, menurutnya mereka akan dianugerahkan Sijil Modular Kebangsaan (SKM).

Khaled berkata program modular ini diperkenalkan mulai Julai lepas, iaitu program pembelajaran jangka pendek bagi menggantikan program pembelajaran secara sistem semester yang mengambil masa lebih panjang sehingga dua tahun.

"Pembelajaran secara sistem modular ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk mendapat kemahiran yang menjurus kepada bidang pekerjaan di pelbagai peringkat industri kerana sistem modular ini dirangka mengikut kehendak pasaran dan industri," katanya di hadapan lebih 300 peserta konvensyen yang diadakan sempena Karnival Iktiraf.

Beliau berkata "peluang kedua" ini juga berkait rapat dengan salah satu teras utama Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) iaitu penekanan kepada "Pembelajaran Sepanjang Hayat" yang selari dengan aspirasi Model Baru Ekonomi (MBE).

"Dengan adanya penambahan kemahiran, maka taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan selain memenuhi aspirasi negara menjadi negara maju yang memerlukan 60 peratus tenaga kerjanya lahir daripada pengajian berasaskan kemahiran," katanya.

Kursus-kursus yang ditawarkan di bawah program itu adalah penyelenggaraan bangunan; menyelenggara dan membaiki motobot; akuakultur; pengendalian pelancongan; servis kenderaan ringan; pemasangan elektrik; operasi perhotelan; kulinari; dan servis penyejukan dan penyaman udara.

Menteri itu berkata kementerian juga akan menambah kursus-kursus baru mulai tahun hadapan dengan sasaran 135 kursus menjelang 2015. Katanya "peluang kedua" ini juga membolehkan golongan ini melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat universiti di mana Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknikal Pahang, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, dan Universiti Malaysia Perlis memberi peluang itu.

Mohamed Khaled juga berkata jumlah Kolej Komuniti akan ditambah sebanyak 75 buah pada 2012 dan ia tidak termasuk Kolej Komuniti yang diusahakan sendiri oleh Felda yang kini mempunyai empat Kolej Komunitinya sendiri. Beliau berkata kementeriannya sentiasa bersedia membantu Felda dalam mendapatkan pengisian kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluannya. Kolej Komuniti ketika ini mempunyai 3,000 pelajar sepenuh masa dan 7,000 pelajar separuh masa.- BERNAMA


.

Friday, December 3, 2010

KEY STATISTICS: MALAYSIA

Source: Department of Statistics Malaysia: Official Portal: Key Statistics
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=category&id=35&Itemid=53&lang=en (Accessed on 3rd December 2010)

Key Statistics: Articles' Titles

1. External Trade (Updated: 10/11/2010)

2. Index of Industrial Production (Updated:10/11/2010)

3. Balance of Payments (Updated: 02/09/2010)

4. Gross Domestic Product / Gross National Income (Updated :22/11/2010)

5. Monthly Manufacturing Statistics (Updated: 10/11/2010)

6. Producer Price Index (Updated: 30/11/2010)

7. Employment (Updated: 30/11/2010)

8. Production of Major Commodities (Updated: 12/11/2010)

9. Consumer Price Index (Updated: 26/11/2010)

10. Population (Updated: 02/07/2010)

11. Vital Statistics (Per Thousand) (Updated : 08/06/2010)

12. Life Expectancy At Birth (Updated : 08/06/2010)

13 National Summary Data Page (Upated: 30/11/2010)




.

Tuesday, November 23, 2010

SPM, STPM dan Masa Depan !

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm (23 November 2010)
Lebih setengah juta pelajar duduki SPM, STPM
23/11/2010 10:56am

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini. Bagi SPM yang akan berakhir 20 Dis, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Dis.

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316. Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. — Bernama.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm (23 November 2010)
Pelayar negara bergegas pulang duduki SPM
23/11/2010 11:48am

LANGKAWI 23 Nov. - Pelayar elit negara, Khairul Nizam Mohd. Afendy bergegas pulang dari Guangzhou, China untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini. Khairul Nizam, 17, tiba di Langkawi malam tadi bagi menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini, yang bermula dengan kertas Bahasa Malaysia pagi ini.
"Saya mengambil peluang masa lapang ketika menyertai Sukan Asia untuk mengulang kaji pelajaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selepas peperiksaan itu, Khairul Nizam akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia tahun depan. Beliau bertekad untuk mencapai kejayaan pada temasya sukan itu selepas gagal meraih sebarang pingat dalam acara Laser Standard pada Sukan Asia ke-16, dan hanya berjaya menduduki tempat keempat.

Skuad pelayaran Malaysia menyumbang dua perak dan satu gangsa setelah berakhirnya acara pelayaran. - Bernama.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm (23 November 2010)

Calon SPM rebah, meninggal
23/11/2010 12:20pm

LEDANG 23 Nov. - Seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Hazizul Hasah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tangkak, Johor, meninggal dunia sebelum sempat mengambil peperiksaan itu selepas rebah dan sesak nafas kerana komplikasi jantung pada pukul 8 pagi tadi. - Utusan.


PTPTN dan Kelas Pertama

Komen: Tahniah lah orang yang mendapat 'Kelas Pertama' tak perlu bayar balik pinjaman pelajaran... Terima kasih kerajaan Malaysia... Bagaimana pula dengan orang yang mendapat 'Kelas Kedua' (Second Class Upper)? Tak dapat ke 10-20-40 % diskaun atas pinjaman mereka?

ITS reminds me of 'winner gets all, loser gets none'... In other words, its not a win-win situation.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm (23 November 2010)
PTPTN lupus pinjaman RM59j pelajar kelas pertama 2010
23/11/2010 3:12pm

TEMERLOH 23 Nov — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman. "Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman mereka.

"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPTN untuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit,” katanya. — Bernama


Tuesday, August 3, 2010

Akademik dan Usia


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm (3 August 2010)
Beri kelonggaran usia persaraan tenaga akademik universiti - Sultan Azlan Shah
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Azlan Shah (gambar) meminta kerajaan memberi kelonggaran usia persaraan tenaga akademik universiti dengan tidak menyamakannya seperti penjawat awam lain. Sebaliknya, baginda bertitah, autonomi khusus perlu diberikan kepada tenaga akademik terlibat terutama dalam soal skim perkhidmatan dan peruntukan kewangan.

Baginda bertitah, bagi dunia akademik, semakin lanjut usia para sarjana, maka semakin matang dan mendalam pengetahuan mereka dalam bidang yang dikuasai. "Adalah satu kerugian besar kepada institusi dan negara apabila seorang sarjana yang telah mencapai status kematangan terpaksa meninggalkan tugas di universiti kerana terikat dengan skim perkhidmatan yang mewajibkan mereka bersara.

"Melahirkan seorang sarjana yang hebat memerlukan masa yang lama dan untuk itu, sarjana yang hebat perlulah dimanfaatkan oleh institusi untuk tempoh yang optimum," kata baginda ketika bertitah pada Istiadat Konvokesyen UM Ke-49 di Dewan Tunku Canselor di sini hari ini.

Selain itu, Sultan Azlan Shah juga berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada pakar kimia, Profesor Datuk Dr. V. G. Kumar Das dan Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Presiden Soka Gakkai International, Dr. Daisaku Ikeda yang diwakili oleh anaknya, Hiromasa Ikeda.

Sementara bagi Anugerah Pelajaran Diraja, Nurrashidah Ariffin, graduan Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang) dan Benjamin Ong Jia Ming, graduan Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biodiversiti) menerima anugerah berprestij itu.

Sultan Azlan Shah bertitah, skim perkhidmatan tenaga akademik dan peruntukan kewangan universiti perlu dirangka selaras dengan pengharapan yang diletakkan kepada mereka untuk menghasilkan penyelidikan dan penerbitan serta berperanan sebagai duta ilmu di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu baginda bertitah, pentadbiran universiti perlu dilihat daripada perspektif berbeza yang tidak harus disamakan dengan amalan birokrasi pentadbiran awam lain. Titah baginda, alam keilmuan dan budaya kesarjanaan universiti perlu dicerminkan dari pelbagai aspek, merangkumi seni bina bangunan, landskap, tenaga akademik, tata cara pengurusan serta tata cara hubungan kerja.

Jelas baginda, inovasi dan kreativiti dapat ditingkatkan sekiranya pentadbiran universiti diberikan lebih banyak kepercayaan, perwakilan kuasa, fleksibiliti dan autonomi mengurus tadbir urusan harian. "Setiap universiti perlu diberikan ruang luas untuk mengenal pasti identiti dan keunggulan masing-masing serta bidang yang mahu diberikan fokus.

"Keseragaman atau uniformity yang terlalu ketat akan meninggalkan pengaruh negatif yang dikhuatiri boleh menjejaskan daya inovasi dan daya kreativiti yang amat perlu dipupuk dalam alam keilmuan dan budaya kesarjanaan," titah baginda. Sultan Azlan Shah menarik perhatian dengan bertitah bahawa negara-negara maju amat memahami peranan murni yang perlu dipenuhi oleh universiti mereka dengan menggaris dan melaksanakan dasar yang amat membantu perkembangannya.

"Kerana itu universiti di negara-negara maju berkembang hebat hingga berjaya mencapai status penarafan tinggi di peringkat antarabangsa," titah baginda