Tuesday, November 23, 2010

SPM, STPM dan Masa Depan !

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm (23 November 2010)
Lebih setengah juta pelajar duduki SPM, STPM
23/11/2010 10:56am

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini. Bagi SPM yang akan berakhir 20 Dis, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Dis.

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316. Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. — Bernama.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm (23 November 2010)
Pelayar negara bergegas pulang duduki SPM
23/11/2010 11:48am

LANGKAWI 23 Nov. - Pelayar elit negara, Khairul Nizam Mohd. Afendy bergegas pulang dari Guangzhou, China untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini. Khairul Nizam, 17, tiba di Langkawi malam tadi bagi menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini, yang bermula dengan kertas Bahasa Malaysia pagi ini.
"Saya mengambil peluang masa lapang ketika menyertai Sukan Asia untuk mengulang kaji pelajaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selepas peperiksaan itu, Khairul Nizam akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia tahun depan. Beliau bertekad untuk mencapai kejayaan pada temasya sukan itu selepas gagal meraih sebarang pingat dalam acara Laser Standard pada Sukan Asia ke-16, dan hanya berjaya menduduki tempat keempat.

Skuad pelayaran Malaysia menyumbang dua perak dan satu gangsa setelah berakhirnya acara pelayaran. - Bernama.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm (23 November 2010)

Calon SPM rebah, meninggal
23/11/2010 12:20pm

LEDANG 23 Nov. - Seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Hazizul Hasah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tangkak, Johor, meninggal dunia sebelum sempat mengambil peperiksaan itu selepas rebah dan sesak nafas kerana komplikasi jantung pada pukul 8 pagi tadi. - Utusan.


PTPTN dan Kelas Pertama

Komen: Tahniah lah orang yang mendapat 'Kelas Pertama' tak perlu bayar balik pinjaman pelajaran... Terima kasih kerajaan Malaysia... Bagaimana pula dengan orang yang mendapat 'Kelas Kedua' (Second Class Upper)? Tak dapat ke 10-20-40 % diskaun atas pinjaman mereka?

ITS reminds me of 'winner gets all, loser gets none'... In other words, its not a win-win situation.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm (23 November 2010)
PTPTN lupus pinjaman RM59j pelajar kelas pertama 2010
23/11/2010 3:12pm

TEMERLOH 23 Nov — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman. "Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman mereka.

"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPTN untuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit,” katanya. — Bernama