Wednesday, May 27, 2009


URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090527064508/Article/index_html (27th May 2009)

Timbalan dekan sifatkan anugerah PhD kejayaan keluarga
SHAH ALAM: Pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) pertama Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Mohd Bahrin Othman, 39, menyifatkan kejayaannya memperoleh ijazah tertinggi dalam pengajian itu hasil daripada ketekunan selain sokongan keluarga.

Beliau yang juga Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM memperoleh PhD melalui hasil kajiannya mengenai Undang-Undang Siber dan menjadikannya orang ketiga di negara ini memperoleh PhD dalam bidang sama.

“Saya terpaksa bahagikan masa antara kerja, belajar dan keluarga dan ia memerlukan komitmen tinggi untuk berjaya.

“Kejayaan tak datang bergolek tanpa kita berusaha. Malah, antara cabaran saya lalui ialah apabila anak ketiga lahir sewaktu saya sedang menyiapkan tesis terakhir saya, kelam-kabut dibuatnya,” katanya ketika ditemui pada Istiadat pertama Konvokesyen Pertama UiTM di Dewan Seri Budiman di sini, semalam Dr Mohd Bahrin berkata, ulang kaji pelajarannya dibuat di tempat kerja kerana tiga anaknya, Nur Aisyah, 8, Mohd A’zam, 5, dan Mohd Affin, 2, begitu rapat dengannya menyebabkan dia sukar belajar di rumah.

Katanya, isterinya, Rodiah Sanwi Karto, 36, yang juga seorang guru menjadi tulang belakang di sebalik kejayaannya kerana peranannya dalam segala urusan terutama menjaga anak kecil selain perangsang kepadanya berusaha mencapai impian.