http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130304/dn_18/Kuin-bakal-dikenakan-tindakan
(04 March 2013)
Kuin bakal
dikenakan tindakan
Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my
utusankedah@utusan.com.my
KUBANG PASU 3 Mac -
Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal dikenakan tindakan tegas jika
Kementerian Pengajian Tinggi mendapati kemelut yang melanda kolej itu
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran penuntutnya.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, pihaknya sudah mendapat laporan berhubung isu Kuin dan kolej itu kini
berada dalam pemantauan pihaknya.
Menurut beliau, pihaknya akan memanggil pengurusan Kuin dalam masa
terdekat untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kemelut yang berlaku
di kolej itu.
"Kita akan timbang jawapan yang dikemukakan pihak pengurusan
Kuin dan jika mendapati apa yang berlaku boleh menjejaskan proses pengajaran
dan pembelajaran di situ, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas
terhadap Kuin," katanya kepada pemberita di Universiti Utara Malaysia
(UUM), di sini semalam.