Tuesday, November 23, 2010

PTPTN dan Kelas Pertama

Komen: Tahniah lah orang yang mendapat 'Kelas Pertama' tak perlu bayar balik pinjaman pelajaran... Terima kasih kerajaan Malaysia... Bagaimana pula dengan orang yang mendapat 'Kelas Kedua' (Second Class Upper)? Tak dapat ke 10-20-40 % diskaun atas pinjaman mereka?

ITS reminds me of 'winner gets all, loser gets none'... In other words, its not a win-win situation.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm (23 November 2010)
PTPTN lupus pinjaman RM59j pelajar kelas pertama 2010
23/11/2010 3:12pm

TEMERLOH 23 Nov — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman. "Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman mereka.

"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPTN untuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit,” katanya. — Bernama